Tuesday 23 October 2012

Majlis Perpisahan Pengetua SMK La Salle - Pn. Hjh Adliyah bt Ramli

   Pada 16 Julai 2010, Pn. Hjh Adliyah bt Ramli telah dilantik sebagai pengetua di SMK La Salle Klang. Walau bagaimanapun, pertemuan kami tidak lama kerana pada 16 Oktober 2012, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Klang.

   TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada Pn. Hjh Adliyah bt Ramli kerana telah berkhidmat dengan penuh cemerlang di SMK La Salle Klang.

   "Dari Pontian ke Pulau Bintan
    Singgah berniaga ke Tanjung Pelepas
    Budimu puan segunung intan
    Ke hujung dunia tidak terbalas

    Hujung selat kapal berlabuh
    Sarat muatan berisi jerami
    Puan ibarat sokong yang teguh
    Hilang puan goyahlah kami

    Indah bersemi bunga semalu
    Tumbuh melata indah karangan
    Rindukan kami datanglah selalu
    Air mata dibuang jangan"




































No comments:

Post a Comment